Tentang Kami


 

Tentang Perhimpunan 1000 Penulis

Perhimpunan 1000 Penulis (P1000P) julung-julung kalinya diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017. Perhimpunan yang bertemakan Seribu Tetapi Satu: Negaraku adalah merupakan pengiktirafan penganjur PBAKL terhadap golongan karyawan dan penulis yang telah memberikan sumbangan terhadap perkembangan PBAKL serta ketamadunan negara melalui karya. Justeru perhimpunan ini memberikan peluang kepada pelbagai penulis dengan pelbagai latar belakang serta pelbagai genre penulisan melalui pelbagai media terbitan untuk bermuafakat dalam satu acara. 

Mengapa 1000 penulis? Sebagai satu langkah pertama kepada pertemuan semua penulis di bawah satu bumbung, Jawatan Kuasa Penganjur hanya bersedia untuk menampung 1000 orang peserta. Mengapa Seribu Tetapi Satu? Walaupun seramai seribu penulis berhimpun, walaupun ada beribu-ribu penulis di seluruh negara, walaupun ada lebih 30 juta rakyat Malaysia, hasrat kita tetap satu. Kita sentiasa mahu akan sebuah negara yang aman, negara yang prograsif, negara yang makmur malah negara yang dapat kita wariskan kepada generasi akan datang. Inilah 'Negaraku'! 

Sebagai sebuah perhimpunan yang merumahkan penulis daripada pelbagai genre penulisan, penganjur membawakan beberapa orang pembentang dan ahli forum daripada kalangan penulis dari dalam dan luar negara. Forum ini akan membicarakan beberapa isu terpilih yang dapat memberikan manfaat bersama kepada pelbagai lapisan penulis. Semoga perkongsian idea dan buah fikiran daripada penulis dengan kepelbagaian pemikiran ini, dapat menyuburkan dunia penulisan dan penerbitan. 

Seiring dengan P1000P adalah penganjuran Pertemuan Karyawan Serantau yang mempertemukan karyawan dari rantau Asia Tenggara untuk sama-sama membahaskan agenda penulisan dan kesusasteraan serantau. Karyawan serantau ini bukan sahaja akan sama-sama menghasilkan resolusi bersama, malah akan sama-sama menyerikan P1000P yang bersejarah ini. 

 

Siapakah yang Patut Hadir?

Adakah anda seorang karyawan? Atau anda berhasrat untuk berkarya? Apa sahaja karya yang anda hasilkan, sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen, novel mahupun puisi, buku cerita mahupun buku teks sekolah, skrip mahupun lakaran atas kertas; anda semua adalah karyawan. Adakah karya anda terbit sebagai buku bercetak, e-buku, karya atas talian, skrip yang dipentaskan, lukisan yang di pamerkan, lagu yang didendangkan, malah apa sahaja bentuk karya anda, anda sesungguhnya karyawan. Justeru jika anda anggap anda seorang karyawan, anda anggap anda seorang penulis, anda seharusnya hadir dalam P1000P. Sesungguhnya tidak sesekali kita membataskan definisi karyawan. Jom Hadir!

 

Anda berminat untuk hadir? Jom daftar sekarang!

Yuran penyertaan;

1) Penulis - RM 50

2) Pelajar IPT - RM 40

3) Pelajar sekolah - Percuma (Pendaftaran atas talian untuk 100 orang sahaja)

 

Promosi sempena Hari Buku  : RM 40 (sehingga 23 April 2017)

Nota: Yuran yang dikenakan adalah untuk menampung kos makanan tengah hari, tshirt, doorgift dan sijil penyertaan.

Tarikh tutup pendaftaran pada 2 Mei 2017

Pendaftaran secara 'walk-in' tidak dibenarkan. 

 

Ahli Jawatan Kuasa 

JAWATAN KUASA INDUK PERHIMPUNAN 1000 PENULIS 

Penaung: 

Ybhg Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, merangkap Pengerusi, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. 

 

Penasihat

Ybhg Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas

 Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka

 

En. Abd Wahab bin Ibrahim

Pengarah, Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

 

Pengerusi

En. Ishak Hamzah 

Pengerusi, Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) merangkap Presiden, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)

 

Pengerusi Bersama:

Ybhg Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP

 

Ahli-ahli Jawatan Kuasa:

Ybhg Prof Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar

Ybhg Prof Madya Dr. Krishanan Maniam

Dr. Shamsuddin bin Othman 

Puan Radhiah Shaharuddin (Sri Diah)

Puan Hajah Padilah binti Hj. Ali

En. Usman bin Ibrahim

En. Sakri bin Abdullah

En. Zabidi bin Mohamad

En. Zul Fikri Zamir bin Mohamad Munir 

En. Mohd Rasydan Fitri bin Mohd Baharin

Cik Gina Yap Lai Yoong

Puan Norzuraina binti Mohd Nor

Cik Azzah binti Abdul Rahman

Puan Azlinda Husin

 

Wakil Industri:

Ybhg Dato' Anas Yusof bin Sulaiman 

Ybhg Dato' Dr. Ivan Hoe Wat Sing 

Ybhg Dato' Hj Zainudin bin Othman

En. Keith Thong 

En. Adi Irwan bin Dato' Azhari

En. Azman bin Hashim 

Cik Afiza Ily Lary 

 

Urusetia MBKM:

En. Ahmad Fadli bin Abd Aziz

En. Wan Salahuddin bin Wan Abdullah

Puan Siti Mazlin binti Abdul Rahman 

En. Nur Shayaumil Qairil Eemann bin Muhammad Nor